Wednesday 19 December 2012

Pankreas Mangsa Dera Berusia 2 Tahun Putus!

Subhanallah..

   Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni..makin banyak kes penderaan terhadap kanak2...dulu kes buang bayi, lepas tu kes ibu tiri dera anak tiri, kes pembantu rumah mendera dan membunuh anak majikan, sekarng timbul pula kes bapa tiri mendera dan ada yang sampai membunuh anak tiri mereka. Tapi isu kali ini lebih hangat apabila teman lelaki kepada ibu mangsa mendera anak kekasihnya itu..umtuk mengetahui lebih lanjut, baca artikel dibawah ini :-

    [Dalam satu kes dera di Kedah, polis mengesahkan hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa menunjukkan ada kesan lebam pada anggota badan, kesan cubitan pada kemaluan, selain ususnya cedera teruk manakala pankreas putus. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar, DSP V. Saravanan berkata pihaknya telah menahan seorang tukang paip yang juga teman lelaki ibu mangsa bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, sebaik menerima laporan bedah siasat itu, pihaknya telah menahan suspek kira-kira jam 3 pagi tadi di sebuah rumah di Mergong, Alor Setar. Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Disember untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. Semalam, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dua tahun yang dikatakan tidak sedarkan diri dan dibawa ke sebuah klinik berhampiran namun disahkan telah meninggal dunia]

Emmamokhtar

No comments:

Post a Comment