Monday 8 July 2019

WELCOME BACK 2019 !!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hampir 2 tahun saya tidak aktif blog. Jadi harini saya nak kongsi dengan netizen diluar sana tentang perkara yang berkaitan dengan dunia keusahawanan. Daripada korang duk sibuk dunia artis, bawang membawang, apa kata korang sebarkan blog ini tentang perkara yang boleh memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada usahawan.

Kerjaya yang saya ceburi sekarang berkait rapat dengan penglibatan melaksanakan program usahawan. Apa sahaja yang berkaitan dengan usahawan seperti pameran, seminar, pembungkusan dan lain-lain.

Pada tahun 2019 ini, saya nampak satu permulaan yang baik bagi usahawan diluar sana memulakan perniagaan mereka dengan lebih efesin dan secara langsung membantu menaikkan produk mereka ke pasaran yang lebih baik.





Mungkin ada diluar sana yang sudah mempunyai produk sendiri tapi tidak tahu nak memulakan perniagaan mereka. Atau mungkin ada yang sudah berniaga di tapak pasar malam tapi tidak ada pengalaman untuk mencari agensi yang berpontensi besar yang boleh memberi dana kepada mereka.

Saya cadangkan kepada usahawan diluar sana yang mahukan jaminan produk mereka mempunyai ciri ciri keselamatan yang mengikuti akta pelabelan dan pembungkusan, sila rujuk kepada agensi yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran seperti SIRIM.

Melalui program E-Biz Transformation, SIRIM akan memberi anda pendedahan dan khidmat nasihat tentang rekabentuk pembungkusan, penjenamaan, pelabelan, ciri-ciri keselamatan pembungkusan dan produk, pencetakan produk dan nutrisi makanan. SIRIM juga akan menjemput pegawai yang berkaitan  seperti HALAL, MyIPO, MeSTi.




Jika usahawan diluar sana mahukan pengetahuan atau saja-saja mahu datang walk-in sila datang ke Pusat Rekabentuk Pembungkusan dan Keselematan, bangunan 24A, SIRIM Berhad. Kalau boleh bawak produk sekali, baru boleh nampak apa peracangan seterusnya yang mereka boleh bantu anda.



Saya juga ingin mempromosikan BizPoint PKNS yang bertempat di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Disana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada usahawan yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan tetapi tidak mempunyai dana yang cukup untuk mempunyai pejabat sendiri. Di BizPoint PKNS, mereka menyediakan ruangan pejabat seperti meja, alamat pejabat yang boleh dirujuk, no. telefon pejabat dimana apabila pelanggan menghubungi no. talian pejabat anda, ada receptionist yang akan mengangkat panggilan tersebut.

Jika berminat boleh menghubungi pegawai bertugas atau datang terus ke Bangunan 24A, SIRIM (seksyen 2, Shah Alam):

03-5544 5917 (En Fauzi) / 03-5544 6622 (Pn Nurul)


No comments:

Post a Comment