Monday 22 February 2016

Kembali Aktif 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you


220216 [ISNIN] 10:35am



   Alhamdulillah masih diberi nafas untuk hidup hingga ke hari ini. Rasenya dah lama sangat tinggalkan entri ni, almost 2 years. Tiba-tiba terbukak blog sendiri & realize rupanya saya dah create 3 blog yang berbeza, mungkin kerana saya lupa password gmail. Where do i start? Ntahlaa..yang mane saya rasa bermanfaat yang boleh dikongsi atau kebetulan idea saya tengah datang untuk bercerita. 


2 tahun lepas.
Seingat saya, masa saya mula-mula tulis entri dalam blog ni, (first entry) saya dah habis belajar & tunggu tawaran kerja menggunakan sijil spm saya. waktu tu saya dikampung, n masih tiada apa-apa aktiviti melainkan surf internet, cuba untuk menulis didalam blog & memnbantu ibu saya melakukan kerja harian dirumah.

Blog.
Harini saya terpanggil semula untuk menyambung entri diblog pertama ini mungkin kerana saya melihat positif feedback dari rakan blogger lain, yang hakikatnya saya tidak pernah mengenali mereka, tetapi sebagai pembakar semangat untuk terus berblogger.

Kerjaya.
Alhamdulillah sekali lagi (syukran, praise to Allah) as i remeber, semasa saya dirumah bersama ibu, hampir setahun saya 'menanam anggur' . Saya hampir putus asa dan bersedih, terlalu sedih, kerana memikirkan kemungkinan besar tiada rezeki saya dikampung untuk mencari pekerjaan. Saya yang ditemani adik saya Zaidi, kami pergi menaiki kereta kakak saya (Salina) ke Seri Iskandar, Perak, separuh hari kami masuk dari satu kedai ke kedai lain. Namun, hampir semua waktu operasi disitu tutup sehingga pukul 10:00mlm. Sedangkan tempatnya jauh dari rumah ibu saya, dan memakan kos perbelanjaan ulang alik dari rumah. Saya cuba untuk mencari rumah sewa disitu, namun kosnya tidak berbaloi. dengan pembangunan yang semakin maju di Perak tengah, maka harga sewa sebuah rumah juga meningkat. Jadi, pada hujung tahun 2013, saya nekad untuk mengikut sahaja kakak kedua saya untuk pergi merantau dibandar, dan hati saya kuat mengatakan rezeki saya memang ada dibandar. Ye, memang betul, sehari sahaja saya baru menetap disini (bandar), saya terus mencari pekerjaan disekitar kawasan kediaman kakak saya, dan esoknya saya terus dapat tawaran pekerjaan di taska sebagai 'teacher day care'. tidak sampai 2 bln kerja saya pula telah dipanggil interview disebuah syarikat holding dan Alhamdulillah sekarang saya masih bekerja disini.

10:51am
Saya rase cukuplah setakat disini entri saya, In Sha Allah ada masa dan kelapangan saya sambung lagi tentang beberapa perkara yang ingin saya kongsikan. Saya beharap, blog saya akan mendapat sambutan dari kwn2 blogger yang lain dan same2 lah kita berkongsi ilmu, pendapat dan pengalaman.

Sekian. Wassalam,,,,


No comments:

Post a Comment