Friday, 26 February 2016

INAI LUKIS

JUMAAT [26/2/2016] 4:26PM

Salam Jumaat bagi yang beragama islam dan salam sejahtera for non muslim. 

emmamokhtar
emmamokhtar

Harini saya nak cerita tentang salah satu hobi saya iaitu melukis corak inai pada tangan dan jari. Hobi saya ini bermula semenjak 3 tahun lepas. Dimana saya start bekerja dan bila ada kelapangan pada hari sabtu / ahad, saya akan berlatih melukis pada tangan sendiri atau rakan rumah yang lain. Corak inai diatas saya lukis pada hari jumaat minggu lepas. Ini adalah antara corak yang kemas pernah saya lukiskan pada tangan sendiri :) huuhu..

Pada tahun lepas, saya telah melukis corak inai untuk 2 orang exhousemates saya dimana pada hari yang sama 2 orang kawan saya ini akan berkahwin & melangsungkan majlis pertunangan. Walaupun pada mulanya saya berasa takut & ragu2..tapi kwn2 saya yakin terhadap kebolehan saya. Orang kata semakin kita praktis, semakin pandai kita melukis pelbagai corak. Thats why bila ada kelapangan sahaja saya akan mula praktis di tangan sendiri. Mana tahu satu hari nanti saya akan buat bisnes dengan sedikit kebolehan yang saya ada. Sesiapa yang berminat bolehlaa direct message saya. 

kaki pengantin

tangan pengantin

Antara contoh lukisan yang saya lukis pada tangan saya & kawan.











Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Sehingga jumpa lagi.. Happy weekends blogger dear all.











Wednesday, 24 February 2016

ECO WORLD MAJESTIC, SEMENYIH, SELANGOR, MALAYSIA


Assalamualaikum & Salam Sejahtera =)

       Harini saya nak share pengalaman travel saya didalam Malaysia bersama housemates saya. Ahad lalu bersamaan (21 Feb 2016) kami telah merancang untuk ke Semenyih, melihat pertunjukkan musim bunga. Disitu juga kami dapat melihat replika seperti Eiffel Tower, pemandangan di Holland, Amsterdam, London dan beca seperti Shanghai, China. Kesemua replika dan pemandangan tersebut membuatkan seperti kita berada di negara mereka.

Plan Perjalanan.
Pada awalnya kami tidak merancang pun nak bertolak pukul berapa, sebab masing2 bangun lambat (my housemate almost 8/10 orang kerja on saturday) ofcoz la diaorg penat kan. So, kami biarkan sahaja plan will running smooth mengikut keadaan. huhuuu... Dalam pukul 9pagi kami semua bangun dan bersiap (mandi & iron baju). bertolak dalam pukul 10:45 pagi dan sampai disana kira2 pkul 12:15 tghari (biasalah singgah 7e lagi beli roti n mineral dah pukul berapa) huhu ^_^



Waze
Perjalanan ke Eco World kami menggunakan waze, ngehhngehh...half of our journey baru bukak waze..saya xingat tol yang keberapa. Perjalanan kami bermula dari seksyen 14 (pkns s.alam) lebih kurang 1jam setengah. Saya tak tahulah kalau dari tempat lain. (sorry xberapa nak membantu perjalanan anda ;p) kihkih..


Housemates
Wristband
Sampai je dekat sana, berpusu-pusu orang beratur kena ambil wristband. mane yang xtau pasal wristband macam kami ni, kami main sergah jelah nak masuk, tapi guard tahan :D kahkah...so anta la wakil sorang untuk ambil wristband tu dekat galeri eco world berhadapan pintu masuk taman. Don't worry its FREE!!! :) dekat pintu masuk juga ada disediakan payung eco world, dah nak keluar balik nanti kena lah pulangkan semula.


Cuaca & Suasana
2 jam kami disana menikmati pemandangan bunga dan mengambil gambar. Cuaca jangan cakaplah memang superb! panas, sangat & ya amat panas. Tapi cool je yang bawak ank 2, 3 orang kecik2..park jauh2 plak tu, alahaii kesian je tengok anak yang masih kecil, yang bawak baby pun ade.  


Suasana memang meriah la, pelbagai bangsa, tua, muda, dewasa, kanak2, baby..semua pakat nak mai tengok musim bunga ala2 kat oversea gituu..



Dalam taman tu sendiri ada menjual makanan yang ala2 'hipster' gituu.. maksudnya makanan dijual di 'foodtruck' and harga pun boleh tahan mahalnya. dengan cuaca yang panas mcm tu better saya nasihatkan bawak la mineral water sendiri. Air je dijual dengan harga rm10, klu bawak anak bederet-deret sorang minta air rm10, 3 orang dah berapa.kahkah..lgpn air masak kosong kan lagi bagus dari air yang berperisa yedakk..


Gambar
As you can see, ada 4 bahagian pameran yang menarik (London, Shanghai, Paris & Amsterdam). Kami mulakan pengembaraan ke Shanghai dahulu (sebelah kiri pintu masuk) kihkih..


Shanghai
Shanghai
Shanghai

Shanghai



Eiffel Tower, Paris




budget hipster depan replika eiffel tower :)




Kota London

Telephone Red Box








Amsterdam




Windmill
Windmill
Holland, Amsterdam
Holland, Amsterdam








Sekiranya ingin pergi ke tempat ini, dinasihatkan yang bawa anak kecil, datanglah diwaktu petang 4 ke atas. Kami pergi tengahari kerana ingin mendapatkan gambar yang cantik.hehehe...kalau pergi petang ke malam gambar kurang menyerlah la sebab cuaca pun dah semakin gelap kan. So, sampai disini saja lah entri saya kali. Jumpa lagi di entri akan datang =)


-Thank You So Much for visiting this blog- 


EmmaMokhtar




Monday, 22 February 2016

Kembali Aktif 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you


220216 [ISNIN] 10:35am



   Alhamdulillah masih diberi nafas untuk hidup hingga ke hari ini. Rasenya dah lama sangat tinggalkan entri ni, almost 2 years. Tiba-tiba terbukak blog sendiri & realize rupanya saya dah create 3 blog yang berbeza, mungkin kerana saya lupa password gmail. Where do i start? Ntahlaa..yang mane saya rasa bermanfaat yang boleh dikongsi atau kebetulan idea saya tengah datang untuk bercerita. 


2 tahun lepas.
Seingat saya, masa saya mula-mula tulis entri dalam blog ni, (first entry) saya dah habis belajar & tunggu tawaran kerja menggunakan sijil spm saya. waktu tu saya dikampung, n masih tiada apa-apa aktiviti melainkan surf internet, cuba untuk menulis didalam blog & memnbantu ibu saya melakukan kerja harian dirumah.

Blog.
Harini saya terpanggil semula untuk menyambung entri diblog pertama ini mungkin kerana saya melihat positif feedback dari rakan blogger lain, yang hakikatnya saya tidak pernah mengenali mereka, tetapi sebagai pembakar semangat untuk terus berblogger.

Kerjaya.
Alhamdulillah sekali lagi (syukran, praise to Allah) as i remeber, semasa saya dirumah bersama ibu, hampir setahun saya 'menanam anggur' . Saya hampir putus asa dan bersedih, terlalu sedih, kerana memikirkan kemungkinan besar tiada rezeki saya dikampung untuk mencari pekerjaan. Saya yang ditemani adik saya Zaidi, kami pergi menaiki kereta kakak saya (Salina) ke Seri Iskandar, Perak, separuh hari kami masuk dari satu kedai ke kedai lain. Namun, hampir semua waktu operasi disitu tutup sehingga pukul 10:00mlm. Sedangkan tempatnya jauh dari rumah ibu saya, dan memakan kos perbelanjaan ulang alik dari rumah. Saya cuba untuk mencari rumah sewa disitu, namun kosnya tidak berbaloi. dengan pembangunan yang semakin maju di Perak tengah, maka harga sewa sebuah rumah juga meningkat. Jadi, pada hujung tahun 2013, saya nekad untuk mengikut sahaja kakak kedua saya untuk pergi merantau dibandar, dan hati saya kuat mengatakan rezeki saya memang ada dibandar. Ye, memang betul, sehari sahaja saya baru menetap disini (bandar), saya terus mencari pekerjaan disekitar kawasan kediaman kakak saya, dan esoknya saya terus dapat tawaran pekerjaan di taska sebagai 'teacher day care'. tidak sampai 2 bln kerja saya pula telah dipanggil interview disebuah syarikat holding dan Alhamdulillah sekarang saya masih bekerja disini.

10:51am
Saya rase cukuplah setakat disini entri saya, In Sha Allah ada masa dan kelapangan saya sambung lagi tentang beberapa perkara yang ingin saya kongsikan. Saya beharap, blog saya akan mendapat sambutan dari kwn2 blogger yang lain dan same2 lah kita berkongsi ilmu, pendapat dan pengalaman.

Sekian. Wassalam,,,,