Thursday, 5 September 2019

PENAT DATANG KENDURI MAJLIS TUNANG & KAHWIN?!!


MAJLIS PERTUNANGAN EMMAxSHAFIK 280719

Al kisah ak ni ada ramai adik beradik. Last wedding ceremony was like in 2007. So, bila dah lama tak buat kenduri mula lah orang kampung (netizen) sibuk duk tanya bila nak buat kenduri, bila anak nak kawen, bila nak jemput orang datang.

Maka bermula la kenduri pada tahun 2017 which is mak saya jemput jiran yang dekat sahaja untuk bantu mak masak utk kenduri merisik dan bertunang. 10 tahun yang lepas bolehla kalau nak buat kenduri besar panggil orang kampung masak. Zaman sekarang ni memang tak lah nak panggil orang kampung. Bayar duit katering je ataupun hire wedding planner kan.

Then, bila mak dah start jemput orang kampung buat kenduri.. ada pulak lah yang caring kesian kat mak aku hahahaa "kesian saya tengok acik ni buat kenduri tak henti-henti..kenapa tak sekali kan je kenduri tu?'' mak aku pun senyum.

Here's the thing makcik, jodoh ni kita xkan tau bila dia nak datang dan pergi. Orang yang kawen awal pun boleh cerai. orang yang kawen lambat pn boleh dapat anak awal. the things will going like that bcoz of our rezeki dah tertulis dan nasib xsemua sama kan.

Tapi bila mak ak buat kenduri actually orang kampung la yang ramai datang sebab....hahaaha sebab mak ak ni rajin sangat sangat buat kuih. korang bayangkan last tahun 2012 dia berniaga kumpul duit which is dari tahun 1992 dia start meniaga, mak ak bangun 4pagi smpai pukul 12 tghari dia boleh buat lebih dari 10 jenis makanan n kuih sorang-sorang guys!! yuppp. bila time kami balik sekolah je, dia dah siap masak makanan tengahari. So rutin harian kami (Isn-Jum) Balik sekolah - Mandi - Makan depan tv sambil tgok cerita sepanyol/sinetron - tolong mak angkat semua kuih dan makanan lain - tolong mak jual kuih gilir - gilir (solat asar) - balik tu pulak mak ak terus masak petang (utk makan malam) then after maghrib baru dapat rehat. dasyat kan!! walhal anakya seorang pun xmenurun mewarisi minat buat kuih atau menjahit. Selain pakar buat kuih, mak ak pandai menyulam pelbagai jenis bentuk bunga utk dijadikan sarung bantal, alas meja, cadar baby, dan kain saprah.

Paling hebat tu semua ketujuh anak perempuannya semua mak ak dh sediakan bengkung tradisional yang panjang gila. Then, pandai menjahit baju, buat bunga telur dari kain organza dan juga dari sabun. Masakan dia pun semua sedap-sedap, pandai buat BAHULU dan DODOL.

Ouh berbalik kepada jenis kuih muih tradisional yang terkenal dan yang mak aku pernah dan pandai buat seperti senarai ni:

1) kuih tepung talam
2) kuih pulut atas hijau / coklat
3) kuih puteri salat
4) kuih bengkang ubi / tepung
5) kuih popia (kulit popia mak ak buat sendiri + kuah pun buat sendiri)
6) kuih karipap inti keledek
7) kuih cucur badak
8) kuih keraban (atasnya mak ak bancuh guna rempah ratus)
9) kuih pisang (atas tepung, bawah bancuhan pisang emas yang dilenyek)
10) Pecal (makanan orang jawa) + Mee (utk org jawa) / bihun celur (utk org banjar) + kuah kacang
11) Nasi Impit (makan dgn kuah ayam masak lemak kuning)

Eh...lari pulak dari topik atas hehehee... InshaAllah last kenduri kawen adalah kenduri kawen ak tahun depan 2020. Doakan semoga Allah permudahkan urusan ak dan dipanjangkan jodoh bersama orang yang sama dan murah rezeki. Aminnn..

     Jun 2017 - Adik bongsu (Nurul Merisik's Day)
17 Dec 2017 - Nurul E-day
     Jun 2018 - Adik No. 8 (Zaidi Merisik's Day)
19 Sept 2018 - Zaidi E-Day
30 Nov 2018 - Nurul Nikah Day
01 Dec 2018 - Nurul Wedding Day
16 Dec 2018 - Nurul Reception Day
16 Feb 2019 - Emma (My Mersisik Day)
28 July 2019 - Emma E-Day
30 Aug 2019 - Zaidi Nikah Day
31 Aug 2019 - Zaidi Wedding Day
01 Sept 2019 - Zaidi Reception Day
     Aug 2020 - Emma Nikah Day
Aug/Sept 2020 - Emma Wedding Day
    Sept 2020 - Emma Reception Day

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca :)



Thursday, 11 July 2019

SETTING WAZE ANDA DENGAN BETUL !!


(SHARE PENGALAMAN & CERITA)


MASUK SIMPANG KECIK & JALAN KAMPUNG πŸ˜₯😭

Baru harini betulkan setting waze. Habis jalan dalam, lalu kawasan perumahan kampung, simpang kecik, jalan ke kilang pendalaman semua waze bawak 😫 Part yang xseronoknya bila drive sorang2! Pastu nak masuk ke waktu petang / malam. Sumpah scaryyyyyy πŸ‘» 

Tapi part seronoknya bila kita dapat pengalaman lalu jalan yang kita xpernah lalu n sekaligus buatkan pengalaman sebagai pemandu bertambah cekap dan cermat bila memandu. Sebab kena hormat jalan orang, bukan manusia je kena hormat, jalan, hutan, kampung semua persekitaran kena hormat & xboleh cakap besarπŸ™€ ..

Ingat lagi kes family cikgu sekolah men sy cerita kat kami (satu kelas) abg dia cakap besar kat mak dia boleh drive waktu malam. Mak dia minta stay satu malam tapi berkeras nak balik mlm tu jgk. Dah la pakai waze lps tu sesat sbb xsetting waze dgn betul & drive tgh2 mlm.. Masuk dalam kwsn perkampungan yg diaorg xpernah lalu. Sampai satu simpang kecik ni, family abg cikgu tu nmpak ada satu van slow gila bawak. So diaorg pun decide utk potong van tu... 

Nak potong bawak laju xblh sbb jalan kecik sgt πŸ˜‚ sekali dpt potong toleh sebelah..... satu family demam n masuk hospital (kisah benar) bukan rekaan i olls ye 😊


So set la waze anda dgn btl, kecuali yang btl2 dh phm n tau jln tu lain cerita πŸ˜πŸ˜‰ #donejemahsharewazesetting