Monday 16 September 2019

THE GRAND BEACH RESORT PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN


My very first time Hari Raya Haji xbalik kampung

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2019 kali ni lain dari tahun2 sebelum ni. Setiap tahun aku akan balik kampung sambut raya dengan mak dan adik beradik. Alkisahnya bermula bila hampir semua adik beradik ak yang menetap di area selangor decide xnk balik kampung, sebab lagi 2 minggu adik bongsu lelaki aku nak kawen.

So, kami dah beritahu mak, kami akan balik kampung lagi 2 minggu. But what happened is... sabtu 10 Ogos tu, semua adik beradik ak yang dduk area selangor balik kampung & tggalkan ak balik kampung :(  tapi.. lega bila akk ak yg sorang ni xjadi balik rumah mak mertua dia..

Ak pn decide la nak ikot short vacay akak ak dgn husband dia huhu..

OOTD depan The Grand Beach Resort

Kami bertolak petang around 3pm gituu.. then sampai2 je terus ootd & check in (sharing room). Rating room untuk superior club ak blh bagi 3 1/2 bintang.


Pool & Private beach memang dekat sangat

Lepas mandi pool dalam setengah jam gitu, kita mandi pantai pulaks :)


sister signature pose :P


The Grand Beach Resort ni memang sesuai utk family day atau short vacay sebab orang xramai n selesa utk beriadah. Untuk short vacay better bawa stok makanan sendiri sebab kami xamik sarapan resort. Kami dah prepare beli roti, kaya, makanan (nasi + lauk dari rumah). 




Private beach TGBR ni xsedalam air laut Teluk Batik Perak. Korang boleh pergi sejauh 60-100 meter ke depan pun paras air laut still cetek paras pinggang je hehe.. ak yg takut air ni pun jadi seronok sebab rasa hebat je dapat pergi jauh padahal xdalam pun. Cuma xberapa nak feeling tenggelam sbb cetek kan.

last day ootd sebelum check out

Overall short vacay kat TGBR ni memang berbaloi la dengan harga n aktiviti pantai / pool. Untuk facilities lain ak kureng sikit.. So klu korang xtau nak short vacay kat mana, bolehla pergi sini.









Thursday 5 September 2019

PENAT DATANG KENDURI MAJLIS TUNANG & KAHWIN?!!


MAJLIS PERTUNANGAN EMMAxSHAFIK 280719

Al kisah ak ni ada ramai adik beradik. Last wedding ceremony was like in 2007. So, bila dah lama tak buat kenduri mula lah orang kampung (netizen) sibuk duk tanya bila nak buat kenduri, bila anak nak kawen, bila nak jemput orang datang.

Maka bermula la kenduri pada tahun 2017 which is mak saya jemput jiran yang dekat sahaja untuk bantu mak masak utk kenduri merisik dan bertunang. 10 tahun yang lepas bolehla kalau nak buat kenduri besar panggil orang kampung masak. Zaman sekarang ni memang tak lah nak panggil orang kampung. Bayar duit katering je ataupun hire wedding planner kan.

Then, bila mak dah start jemput orang kampung buat kenduri.. ada pulak lah yang caring kesian kat mak aku hahahaa "kesian saya tengok acik ni buat kenduri tak henti-henti..kenapa tak sekali kan je kenduri tu?'' mak aku pun senyum.

Here's the thing makcik, jodoh ni kita xkan tau bila dia nak datang dan pergi. Orang yang kawen awal pun boleh cerai. orang yang kawen lambat pn boleh dapat anak awal. the things will going like that bcoz of our rezeki dah tertulis dan nasib xsemua sama kan.

Tapi bila mak ak buat kenduri actually orang kampung la yang ramai datang sebab....hahaaha sebab mak ak ni rajin sangat sangat buat kuih. korang bayangkan last tahun 2012 dia berniaga kumpul duit which is dari tahun 1992 dia start meniaga, mak ak bangun 4pagi smpai pukul 12 tghari dia boleh buat lebih dari 10 jenis makanan n kuih sorang-sorang guys!! yuppp. bila time kami balik sekolah je, dia dah siap masak makanan tengahari. So rutin harian kami (Isn-Jum) Balik sekolah - Mandi - Makan depan tv sambil tgok cerita sepanyol/sinetron - tolong mak angkat semua kuih dan makanan lain - tolong mak jual kuih gilir - gilir (solat asar) - balik tu pulak mak ak terus masak petang (utk makan malam) then after maghrib baru dapat rehat. dasyat kan!! walhal anakya seorang pun xmenurun mewarisi minat buat kuih atau menjahit. Selain pakar buat kuih, mak ak pandai menyulam pelbagai jenis bentuk bunga utk dijadikan sarung bantal, alas meja, cadar baby, dan kain saprah.

Paling hebat tu semua ketujuh anak perempuannya semua mak ak dh sediakan bengkung tradisional yang panjang gila. Then, pandai menjahit baju, buat bunga telur dari kain organza dan juga dari sabun. Masakan dia pun semua sedap-sedap, pandai buat BAHULU dan DODOL.

Ouh berbalik kepada jenis kuih muih tradisional yang terkenal dan yang mak aku pernah dan pandai buat seperti senarai ni:

1) kuih tepung talam
2) kuih pulut atas hijau / coklat
3) kuih puteri salat
4) kuih bengkang ubi / tepung
5) kuih popia (kulit popia mak ak buat sendiri + kuah pun buat sendiri)
6) kuih karipap inti keledek
7) kuih cucur badak
8) kuih keraban (atasnya mak ak bancuh guna rempah ratus)
9) kuih pisang (atas tepung, bawah bancuhan pisang emas yang dilenyek)
10) Pecal (makanan orang jawa) + Mee (utk org jawa) / bihun celur (utk org banjar) + kuah kacang
11) Nasi Impit (makan dgn kuah ayam masak lemak kuning)

Eh...lari pulak dari topik atas hehehee... InshaAllah last kenduri kawen adalah kenduri kawen ak tahun depan 2020. Doakan semoga Allah permudahkan urusan ak dan dipanjangkan jodoh bersama orang yang sama dan murah rezeki. Aminnn..

     Jun 2017 - Adik bongsu (Nurul Merisik's Day)
17 Dec 2017 - Nurul E-day
     Jun 2018 - Adik No. 8 (Zaidi Merisik's Day)
19 Sept 2018 - Zaidi E-Day
30 Nov 2018 - Nurul Nikah Day
01 Dec 2018 - Nurul Wedding Day
16 Dec 2018 - Nurul Reception Day
16 Feb 2019 - Emma (My Mersisik Day)
28 July 2019 - Emma E-Day
30 Aug 2019 - Zaidi Nikah Day
31 Aug 2019 - Zaidi Wedding Day
01 Sept 2019 - Zaidi Reception Day
     Aug 2020 - Emma Nikah Day
Aug/Sept 2020 - Emma Wedding Day
    Sept 2020 - Emma Reception Day

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca :)